Sedar tak sedar dah 3 bulan adik-adik kita 'bercuti' panjang kat rumah disebabkan pelaksanaan PKP.
Mesti ramai dah yang rindu kawan-kawan, cikgu-cikgu dan suasana belajar di sekolah.
Tapi, 'cuti panjang' untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 dah habis sebab mereka dibenarkan untuk kembali bersekolah hari ini!
Keutamaan diberikan kepada mereka sebab ada peperiksaan penting yang perlu diduduki iaitu SPM dan STPM.
Yang lebih menarik, suasana pembukaan semula sesi persekolah kali ini amat berbeza kalau dibandingkan pada Januari lalu.
Kena check suhu, pakai pelitup muka, duduk jarak-jarak dalam kelas, semuanya mengikut SOP yang ditetapkan untuk mencegah penularan Covid-19.
Ini antara suasana dan gelagat pelajar-pelajar dan guru-guru pada hari pertama sesi persekolahan pagi tadi.
Pelajar dari SMK Bakong Miri, Sarawak. Kredit foto : Hasim Morni
Pelajar dari SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Kredit foto : Imran Mohd Yusof
Nampaknya semua pihak kena sesuaikan diri dengan kebiasaan baru atau 'new normal' ni.
Tujuannya satu iaitu untuk memerangi habis-habisan penularan Covid-19 di negara dan seluruh dunia.
Minggu depan, adik-adik tadika dan prasekolah pulak nak mulakan sesi pembelajaran, agak-agak macam mana pulak gelagat dorang kan.
Oleh: Izzati Amir