Curi Burger Daripada Tangan Pemandu Semasa Jalan Jam, Ini Gila Rare!

Ini adalah kali pertama kami terdengar tentang orang “meragut” burger daripada tangan seseorang.

Yang kebiasaannya kita dengar peragut akan memilih barang-barang seperti barang kemas, beg tangan, handphone atau benda-benda berharga yang lain.

Ketika insden ini berlaku, mangsa dikatakan berada di dalam kereta, tersangkut dalam kesesakan jalan raya sambil memegang burger ditangannya.

Mangsa, iaitu Beh Kok Hooi, seorang jurulatih kecergasan berusia 36, ketika itu dilaporkan berada lebuhraya Selangor dalam perjalanan pulang ke rumah.

Betullah orang kata, malang tak berbau. Sampaikan burger di tangan pun orang nak curi. Jadi jangan leka dan berhati-hati dengan peragut!

 

ARTIKEL BERKAITAN