Cucu Mat Kilau Simpan Keris Yang Pernah Digunakan Tentang Penjajah British

“Inilah keris aki saya yang diberi ayahnya Tok Gajah ketika Mat Kilau berusia 16 tahun!” begitulah kata cucu kepada Mat Kilau, Mohd. Alhamadi Abu Bakar ketika ditemu ramah media tempatan kira-kira 11 tahun dulu.

cucu mat kilau simpan keris yang pernah digunakan tentang penjajah british

Menurut cucu pahlawan Melayu yang mesra disapa Alhamadi itu, keris itu tidak boleh dibuka sembarangan melainkan oleh anak cucu Mat Kilau sendiri.

Menurutnya, ia kerana keris tersebut pernah bermandi darah membunuh penjajah Inggeris dan konco-konconya.

Walaupun baru berusia enam tahun ketika datuknya memunculkan diri, Alhamadi bagaimanapun masih mengingati kata-kata hikmat Mat Kilau yang pernah disampaikan pada satu ketika dulu.

cucu mat kilau simpan keris yang pernah digunakan tentang penjajah british

“Falsafah aki saya - lawan musuh yang ramai macam makan bubur panas. Maknanya, kiasannya, makan dulu dari tepi, tak boleh cedok dari tengah, macam orang menebas, repih tepi-tepi dulu!” katanya.

Pada 16 Ogos 1970, Mat Kilau akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 pagi.

Pesannya pada keluarga, supaya meneruskan perjuangan yang belum selesai.

“Aki saya pesan, perjuangan mesti diteruskan, jangan biar tanah air sendiri tergadai,” kata Alhamadi.

“Mat Kilau berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Aki saya tak nak apa-apa ganjaran berupa pingat, mahupun pangkat dan kedudukan,” tambahnya.


Sumber: [1]