Cuci Tangan Dengan Air Dan Sabun Lebih Efektif Daripada Hand Sanitizer

cuci tangan dengan air dan sabun lebih efektif daripada hand sanitizer

Semenjak penularan wabak COVID-19 ni, dah ramai yang mula sedar akan kepentingan menjaga kebersihan untuk mengelak daripada virus dan kuman terus tersebar.

Jadi, ramailah yang berpusu-pusu mendapatkan hand sanitizer. Malah, ramai juga yang berang apabila mereka tidak sempat membeli hand sanitizer dan tak kurang juga yang marah akibat harga jualan meningkat mendadak.

Kalau korang tak ada hand sanitizer, jangan risau sebab korang boleh je cuci tangan dengan air dan sabun. Malah, cara ni lagi efektif daripada menggunakan hand sanitizer.

Antara sebab mengapa cuci tangan dengan air dan sabun lagi efektif adalah kerana hand sanitizer tak dapat membunuh kuman-kuman tertentu. Jadi, keraplah basuh tangan korang dengan air bersih dan juga sabun

Informasi ni dikongsikan oleh seorang doktor perubatan yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari melalui akaun instagramnya. Dr Izzar juga ada kongsi beberapa tips yang sangat penting seandainya korang nak beli hand sanitizer.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kita sebenarnya amat digalakkan untuk mencuci tangan dengan sabun dan air bila ada peluang sebab mencuci tangan dapat membunuh/mengurangkan jumlah kuman (bakteria, virus, fungus), dan juga bahan kimia di tapak tangan. 🤲 . Tapi jika sabun dan air TIADA, penggunaan hand sanitizer dapat mencegah anda daripada mendapat penyakit dan menyebar penyakit juga. 🤧 . Mencuci tangan dengan air dan sabun adalah LEBIH EFEKTIF daripada menggunakan hand sanitizer kerana hand sanitizer tidak dapat membunuh kuman2 tertentu (Cryptosprodium, norovirus, Clostridium difficile). . Hand sanitizer tu pun kenala menggunakan jumlah yang cukup banyaknya dan jangan lap sanitizer tu pula. Biar dia kering sendiri di tangan. Baru efektif kalau cara penggunaan betul.👍 . Tangan juga akan berminyak atau kotor, contohnya selepas makan dengan tangan, bersukan, berkebun, atau memasak. Dalam keadaan macam ni, hand sanitizer mungkin tak berfungsi sangat. Adalah LEBIH DIGALAKKAN untuk mencuci dengan air dan sabun.🤲💧 . Sanitizer dengan alcohol concentration 60-95% adalah lebih efektif dalam membasmi kuman daripada sanitizer yang kurang 60% alkohol atau non-alcohol-based sanitizers. Sanitizer yang kurang 60% alkohol tu: ❌ Tak berkesan untuk banyak kuman ❌ Hanya mengurangkan pertumbuhan kuman dan TIDAK membunuh kuman pun.😨 . Satu lagi, dengan keadaan sekarang ni makin ramai scammer muncul menjual HAND SANITIZER PALSU. Sebab itu hand sanitizer/disinfectant yang legit sepatutnya ada nombor notifikasi (NOT) atau nombor pendaftaran (MAL). Nombor NOT / MAL ni dikeluarkan oleh NPRA. Saya ada cerita pasal nombor NPRA ni pada post2 lepas. Jadi, periksa dahulu nombor NOT / MAL ada ke tak kat produk tu. Nak semak no. NOT / MAL ni pula boleh check kat app NPRA Product Status. No pendaftaran ubat pun boleh check kat situ. 👍 . So, yang nak disampaikan ialah: 1️⃣ Mencuci tangan dengan sabun dan air lagi bagus. Kalau air + sabun tiada baru guna hand sanitizer. 2️⃣ Beli hand sanitizer yang alcohol concentration 60% ke atas 3️⃣ Beli hand sanitizer yang ada nombor NOT(hand sanitizer) / MAL (disinfectant) dari NPRA SAHAJA!. Check app tu . Harap2 korang faham dan tak discam oleh scammers 😁 #drizzarshares 📖: @cdcgov

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Sumber: Instagram Dr Izzar Anwari

 

 

ARTIKEL BERKAITAN