Cuci Bersih-Bersih Kalau Terjumpa Ini Masa Siang Ikan

Pernahkah anda terjumpa ini ketika sedang mencuci dan menyiang ikan yang baru dibeli?

cuci bersih-bersih kalau terjumpa ini masa siang ikan

Kelihatan seperti lidah dan bahagian dalam ikan, rupanya ia adalah sejenis hidupan parasit yang hidup menumpang dalam mulut ikan.

 

Dikenali sebagai Cymothoa Exigua, ia merupakan hidupan isopod parasit yang boleh bertukar jantina daripada jantan kepada betina dalam kitaran hidupnya.

cuci bersih-bersih kalau terjumpa ini masa siang ikan

Parasit ini memulakan hidup sebagai jantan dan kemudian bertukar jantina ke betina. Ia memasuki mulut ikan melalui insang ikan dan membesar dalam mulut ikan tersebut.

 

Cymothoa Exigua yang telah menjadi betina akan melekatkan dirinya pada lidah ikan dan menghisap darah serta lendir dalam mulut ikan yang ditumpangnya itu. Lama kelamaan lidah ikan akan mati lalu digantikan dengan parasit tersebut yang bertindak sebagai lidah tiruan.

cuci bersih-bersih kalau terjumpa ini masa siang ikan

Meskipun parasit ini tidak membahayakan manusia secara fizikalnya, namun ia boleh menjejaskan kesihatan ikan terbabit. Maka, cucilah ikan yang dilihat mempunyai parasit ini sebersihnya untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan lain-lain.

Sumber: [1]