Cuaca Panas Boleh Jadi Punca Manusia Makin Kurang Tidur

Cuaca yang panas bukan sahaja mempengaruhi aktiviti ekonomi dan kesihatan masyarakat, malah turut menjejaskan aktiviti harian manusia.

cuaca panas boleh jadi punca manusia makin kurang tidur

Menurut satu kajian yang diterbitkan jurnal One Earth, peningkatan suhu memberikan kesan negatif kepada kualiti tidur manusia di seluruh dunia.

.

Kajian itu turut meramalkan menjelang 2099, suhu optimum boleh mengurangkan 50 hingga 58 jam tidur seseorang bagi setiap tahun.

.

Malah, kesan perubahan suhu itu akan menyebabkan gangguan tidur yang lebih besar, khasnya penduduk di negara berpendapatan rendah melibatkan orang dewasa dan warga emas.

.

Penulis berkata, tidur merupakan proses pemulihan yang penting untuk kesihatan dan produktiviti seseorang boleh terjejas disebabkan suhu dunia yang semakin memanas.

.

“Dalam kajian ini, kami menyediakan bukti berskala planet pertama bahawa suhu lebih panas daripada purata mengurangkan tidur manusia.

“Faktor itu akan menyebabkan seseorang tidur lebih lambat dan terjaga ketika cuaca panas,” katanya.

.

Kajian itu mengumpulkan data tidur global tanpa nama daripada gelang penjejakan tidur (sleep tracker). Ia termasuklah data tujuh juta rekod tidur daripada lebih 47,000 dewaa di 68 buah negara merangkumi semua benua kecuali Antartika.

.

Dalam kajian tersebut, suhu malam yang panas melebihi 30 darjah Celsius akan menyebabkan pola tidur berkurangan secara purata lebih 14 minit. Tidur juga akan berkurang dari tujuh jam optimum akibat daripada peningkatan suhu.

cuaca panas boleh jadi punca manusia makin kurang tidur

Sumber: [1]