Bintang bola sepak dunia merangkap pemain kelab Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak membenarkan anaknya, Cristiano Ronaldo Jr. memiliki telefon bimbit walaupun sudah berusia 11 tahun.
Alasannya adalah kerana dia enggan anaknya itu obses dan sentiasa ‘melekat’ dengan teknologi tersebut seperti generasi sebayanya.
“Anak sulung saya akan berusia 12 tahun dan dia sering bertanya saya adakah dia boleh memiliki telefon bimbit.
“Saya katakan kepadanya, ‘Cristiano, kamu memiliki waktu (menggunakan telefon bimbit).’
“Saya tahu generasi hari ini selangkah lebih maju daripada usia mereka dan saya bersetuju bahawa kita harus memanfaatkannya tetapi jangan begitu obses dengan teknologi.
“Boleh benarkan mereka menggunakan telefon bimbit, tetapi ada masanya harus terbatas, bukan sepanjang masa. Saya fikir, itu maksud utamanya,” kata beliau.
Sumber: [1]