Cristiano Ronaldo Pegang Rekod Penjaring Paling Banyak Dalam Sejarah Bola Sepak

cristiano ronaldo pegang rekod penjaring paling banyak dalam sejarah bola sepak

Anda minat bola sepak atau tak, anda pasti kenal dengan nama Cristiano Ronaldo. Figura ini sekali lagi  mencipta sejarah apabila menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.

Rekod itu dicipta selepas beliau menjaringkan gol untuk pasukan kelabnya Juventus ketika bertembung dengan Napoli.

Pemain bahagian penyerang itu telah berjaya menjaringkan gol dalam minit ke-64 untuk perlawanan Piala Super Itali. Jaringan tersebut telah mengangkat beliau ke sebagai pemain luar biasa dalam kariernya.

Dengan terbaharu daripada CR ini, ia telah memadamkan rekod Josef Bican seorang penuerang Austria-Czech yang telah menjaringkan gol sebanyak 759 di antara tahun 1931 hingga 1955.

Ronaldo telah menjaringkan 760 gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak dan rekod tersebut akan berterusan seandainya dia berada di puncak kejayaan bola sepak.

Sumber: Harian Metro