Cristiano Ronaldo Ditawar Untuk Sertai Arab Saudi

Kapten Portugal Cristiano Ronaldo dikatakan masih mempunyai peluang untuk beraksi dalam kancah Arab Saudi walaupun pernah menolak tawaran mereka, menurut menteri sukan negara itu yang turut memujinya sebagai pemain contoh.

Pemain boleh sepak terkenal itu kini masih lagi tidak terikat dengan mana-mana kelab bola sepak selepas dia bersetuju untuk menamatkan kontraknya dengan Manchester United. 

Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal dan Menteri Sukan Arab Saudi menyokong tawaran daripada sebuah kelab di sana untuk membawa Cristiano Ronaldo ke negara itu.

“Sebarang kemungkinan boleh terjadi,” katanya kepada BBC Sport.

“Saya ingin melihat Ronaldo beraksi dalam liga Saudi.

"Ia akan memberi manfaat kepada liga, ekosistem sukan di Saudi dan ia mampu memberi inspirasi buat pemain muda akan datang. Dia merupakan contoh kepada ramai kanak-kanak dan mempunyai peminat yang ramai."

Sumber: AWANI