Cristiano Ronaldo Sah Kembali Ke Old Trafford!

Selepas kecoh mengenai perpindahan bintang bolasepak, Cristiano Ronaldo dari Juventus ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), akhirnya segala teka-teki sudah terjawab.

 

Manchester United mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan bagi menandatangani semula Cristiano Ronaldo dari Juventus, 12 tahun selepas dia meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid.

 

"Manchester United gembira mengesahkan bahawa kelab sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan," kata United dalam satu kenyataan.

cristiano ronaldo sah kembali ke old trafford!

Sebelum ini, ura-ura melaporkan pemain bola sepak berusia 36 tahun itu bakal melakukan pertukaran sensasi bersama Manchester City.

 

Sumber: [1]