Semenjak penularan wabak COVID-19 ni, ramai orang berlumba nak buat kebaikan la. Macam-macam kisah perikemanusiaan kita dengar dan macam-macam cara orang hulurkan bantuan.
Dekat Turki, seorang pemuda telah berpakaian seperti Spiderman. Dia telah membantu warga emas untuk mendapatkan barangan runcit dan menguruskan urusan di luar rumah.
Pemuda yang bernama Burak Soylu itu telah berjaya menggembirakan ramai orang atas usahanya membantu orang lain.
“Saya cuba untuk membantu mereka yang berusia lebih 65 tahun dalam apa jua cara seperti membayarkan bil dan membelikan barangan runcit untuk mereka.
“Kadang kala saya akan memandu, kadang-kadang memanjat untuk melawat mereka rumah ke rumah,” lapor Soylu kepada agensi berita Anadolu.
Bukan sekadar warga emas, pemuda itu juga membantu para pekebun di kawasan tersebut memebtik buah-buahan dan sayur-sayuran di ladang mereka. Beliau melakukan perkara tersebut kerana mahu mengelakkan daripada warga emas terkena COVID-19.
Sumber: Astro Awani