Banyak Lagi Tanda Soal, COVID-19 Masih Belum Endemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak COVID-19 masih perlu diuruskan sebagai pandemik dan bukannya endemik.

banyak lagi tanda soal, covid-19 masih belum endemik

Ini adalah kerana penularan varian Omicron adalah masih belum stabil lagi ketika ini diseluruh dunia.

 

"Masih banyak maklumat belum diketahui dan virus ini berevolusi pantas.

"Kita masih belum mencapai keadaan yang membolehkannya dipanggil endemik," kata pegawai kecemasan kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood.

 

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata, sudah tiba masanya untuk mengubah cara mengesan COVID-19 dengan mengikut pendekatan sebagaimana menguruskan selesema kerana kadar kematian terus menurun.

 

Justeru beliau pula mencadangkan agar COVID-19 beralih kepada fasa endemik dan bukan lagi pandemik.

 

Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

 

Manakala endemik pula merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara.

banyak lagi tanda soal, covid-19 masih belum endemik

Sumber: [1] , [2]

 

ARTIKEL BERKAITAN