Semua Majikan Diseru Terima Sijil Digital HSO, Benarkan Pekerja Bergejala Kerja Dari Rumah

Bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia dilapor meningkat sejak akhir-akhir ini.

semua majikan diseru terima sijil digital hso, benarkan pekerja bergejala kerja dari rumah

Dilaporkan dari 10 hingga 16 Disember, kes COVID-19 melibatkan seramai 20,696 pesakit dengan 151 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi di seluruh negara.

 

Ekoran daripada itu, Home Surveillance Order (HSO) akan diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.

 

Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO, memandangkan ia adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

 

Bagi mengurangkan penularan kes jangkitan COVID-19, majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu yang diberi sijil digital HSO perlu melakukan tangkap layar (screenshot) untuk makluman pihak majikan masing-masing.

semua majikan diseru terima sijil digital hso, benarkan pekerja bergejala kerja dari rumah

semua majikan diseru terima sijil digital hso, benarkan pekerja bergejala kerja dari rumah

Sumber: KKM