COVID-19: Lelaki Penghantar Pizza Kepada 72 Keluarga Disahkan Positif

covid-19: lelaki penghantar pizza kepada 72 keluarga disahkan positif

Seorang penghantar pizza di New Delhi, India telah disahkan positif COVID-19. Sebelum itu, beliau dikatakan telah membuat penghantaran makanan kepada 72 keluarga dalam tempoh 20 hari lalu di sekitar kawasan tersebut.

Berdasarkan kenyataan majistret daerah Delhi Selatan, B N Mishra, 16 pekerja lelaki yang berkontak rapat dengan individu tersebut telah pun dikuarantinkan di pusat kuarantin. Dalam masa yang sama, pekerja restoran lain juga sedang menjalani ujian saringan dan setakat ini tiada pekerja yang disahkan positif virus tersebut.

“Dia telah menunjukkan gejala sejak 20 Mac sebelum dia disahkan positif. Kami telah mengesan dan menghubungi semua keluarga yang pernah dia berhubung (dengan pesakit). Restoran itu ditutup (sementara waktu) dan menjalani proses nyah kuman,” katanya memetik CNN.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN