COVID-19: Jumlah Kes Positif Hampiri 3 Juta Kes Di Seluruh Dunia

covid-19: jumlah kes positif hampiri 3 juta kes di seluruh dunia

Setakat pagi Isnin hari ini, dunia telah merekodkan ks positif sebanyak 2.96 juta orang. Hanya memerlukan 40,000 kes sahaja sebelum mencapai tiga juta.

Berdasarkan Data dari John Hopkins University, terdapat penambahan kes sebanyak 70,000 dalam masa sehari di seluruh dunia. Selan itu, tujuh negara telah mempunyai lebih 100,000 kes.

Kuasa besar Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk dijangkiti virus ini apabila terdapat 961,000 kes.

Selain itu, Sepanyol melaporkan 226,000 kes dan Itali pula 197,000 kes. Perancis berada di tempat keempat dengan 161,000 kes manakala Jerman mencatatkan 157,000 kes. United Kingdom pula melaporkan 154,000 kes dan Turki mempunyai 110,000 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh dari penyakit ini adalah sebanyak 861,000 kes di seluruh dunia.

Sumber: Astro Awani