COVID-19: Google Sumbang $800 Juta Bantu Hadapi Krisis Global

covid-19: google sumbang $800 juta bantu hadapi krisis global

Siapa je yang tak tahu Google kan? Google bukan sahaja terkenal sebagai sebuah enjin carian tetapi juga sebagai sebuah syarikat teknologi yang kaya.

Baru-baru ini, CEO Google, Sundar Pitchai telah menulis di dalam blognya bahawa syarikat tersebut akan menyumbang $800 juta bagi menangani krisis global, COVID-19. Wow! Banyak nya!

Katanya, Google akan menyumbang geran berjumlah  $250 Juta kepada Organisasi Kesihatan Dunia dan juga agensi kerajaan. Geran tersebut adalah dalam bentuk iklan untuk menyebarkan maklumat berkenaan cara terbaik untuk melawan penyebaran virus ini.

Selain tu, Google juga akan menyediakan $340 juta dalam bentuk kredit bagi membantu perniagaan kecil dan sederhana. Perghh!

Bukan tu sahaja, Google juga telah berkerjasama dengan salah satu pembekal mereka, Magid Glove & Safety, untuk menghasilkan 3 juta penutup muka.

Sumber: CNN