COVID-19 Masih Belum Boleh Jadi Endemik, Ujar Pakar Kesihatan

Pakar kesihatan berpendapat bahawa wabak COVID-19 masih belum boleh menjadi endemik buat masa terdekat ini.

covid-19 masih belum boleh jadi endemik, ujar pakar kesihatan

Bagaimanapun mereka berkata meskipun kes jangkitan dijangka meningkat, gelombang itu tidak seteruk sebelum ini atau sepantas varian Omicron.

.

Tambah pula dengan musim panas yang bakal tiba di negara Eropah, ancaman virus ini masih belum dapat dijangkakan namun pakar kesihatan mempunyai beberapa teori mereka tersendiri.

.

"Lonjakan penuh sepanjang musim panas sangat bergantung pada varian yang muncul sepenuhnya. Ia cenderung menjadi pencetus terbesar yang menyumbangkan kepada lonjakan kes," kata profesor epidemiologi di Institut Kesihatan Awam Bloomberg Johns Hopkins Dr Keri Althoff.

.

Tambah beliau lagi, mereka yang tidak atau belum divaksin adalah kumpulan yang lebih risiko untuk dimasukkan ke hospital dan kehilangan nyawa.

.

Laporan itu juga menyebut senario terbaik adalah tahap jangkitan rendah yang berterusan dan tiada varian baharu dikesan.

.

Fasa endemik COVID-19 juga dikatakan masih jauh sehingga wabak itu akan menjadi seperti selesema bermusim dengan tempoh sakit selama satu atau dua minggu namun berisiko rendah untuk menjadi penyakit teruk atau menyebabkan kematian.

.

Saintis juga kini sedang menentukan tahap penularan yang boleh diterima supaya COVID-19 boleh dianggap sebagai endemik.

.

Sumber: [1]