Pencipta Vaksin Percaya COVID-19 Akan Jadi Seperti Selesema Biasa

Pencipta vaksin AstraZeneca, Dame Sarah Gilbert percaya virus COVID-19 nanti akan bertukar menjadi lemah seperti selesema biasa dan tidak mampu lagi melawan keberkesanan vaksin.

pencipta vaksin percaya covid-19 akan jadi seperti selesema biasa

Menurut beliau, virus itu seterusnya tidak akan lagi bermutasi menjadi varian berbahaya, sebaliknya menjadi virus korona yang wujud bersama manusia dalam kehidupan harian.

 

“Kita sudah pun hidup dengan empat virus korona manusia berbeza yang tidak terlalu dihiraukan. Saya berpendapat bahawa Sars-CoV-2 akan menjadi satu daripada virus itu.

“Cuma yang menjadi persoalan sekarang adalah berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai keadaan itu serta langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawalnya sebelum keadaan itu mampu dicapai.

“Lonjakan dalam protein yang disasarkan oleh vaksin hanya memiliki kemampuan terbatas untuk bermutasi, namun virus masih boleh masuk ke dalam sel manusia.

“Sekiranya ia mampu mengubah protein yang melonjak sehingga tidak dapat berinteraksi dengan reseptor, barulah ia tidak dapat memasuki sel manusia,” katanya.

 

Tambah beliau, vaksinasi adalah satu perkara penting dalam masyarakat bagi mengelakkan pandemik muncul dan menular lagi dimasa akan datang.

 

Sumber: [1]