COVID-19: 531,990 Kes Positif Dilaporkan Di Seluruh Dunia Dengan Kematian 24,060 Kes

covid-19: 531,990 kes positif dilaporkan di seluruh dunia dengan kematian 24,060 kes

Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat lebih 531,990 kes di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 24,060 kes adalah melibatkan kematian. Jumlah yang berjaya disembuh pula adalah sebanyak 122,247

Amerika Syarikat telah mencatatkan kes positif tertinggi dengan 85,653 kes. Manakala jumlah kematian pula adalah sebanyak 1,201 kes.

Itali pula melaporkan 80,589 kes positif COVID-19. Bagaimanapun, jumlah kematian di sana adalah yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 8,16 kes. China, negara di mana virus ini mula merebak mencatatkan 82,672 kes dengan 376 kes.

Malaysia berada di tangga ke 22 dari segi jumlah kes positif. Sehingga hari ini, jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 2161 kes dengan 26 kematian. Negara kita turut mencatatkan jumlah kes yang telah berjaya diselesaikan sebanyak 259 kes.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia