COVID-19 Tidak Akan Berakhir Dalam Tempoh Terdekat, Ini Penjelasan Pakar

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Michael Ryan menjelaskan virus COVID-19 tidak akan berakhir tahun ini.

covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat, ini penjelasan pakar

Ia bagaimanapun akan menjadi sebahagian daripada ekosistem.

“Virus ini tidak akan berakhir tahun ini. Kita tidak akan dapat mengakhiri virus ini, virus ini atau pandemik virus ini akhirnya akan menjadi sebahagian dari ekosistem.

“Apa yang boleh kita akhiri adalah tahap kecemasan kesihatan awam. Isunya adalah kematian, kemasukan ke hospital, ia ada kaitan dengan kecelaruan sosial, ekonomi, sistem politik yang menyebabkan tragedi ini, bukan virus.

“Virus hanyalah kenderaan, tetapi bagaimana masyarakat terhadap virus akan menentukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menerangkan bahawa endemik tidak bermaksud pengakhirnya kepada segala-galanya kerana endemik malaria dan beberapa penyakit lain juga mengancam banyak nyawa.

“Kita bercakap tentang pandemik lawan endemik. Perkataan endemik itu, endemik malaria membunuh ratusan ribu manusia. Endemik tidak membawa maksud baik.

“Endemik maksudnya ia akan berada di sini selamanya. Apa yang perlu kita lakukan mengurangkan kematian dengan melakukan vaksinasi sebanyak-banyaknya,” jelasnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN