COVID-19: Penduduk Britain Yang Selesai Dua Dos Vaksin Tidak Perlu Kuarantin

Penduduk Britain yang telah selesai menerima dua dos vaksin COVID-19 tidak perlu lagi dikuarantin sebaik sahaja mereka tiba di tanah air itu bermula 19 Julai ini.

covid-19: penduduk britain yang selesai dua dos vaksin tidak perlu kuarantin

Bagaimanapun, kelonggaran tersebut diberikan kepada mereka yang terbang pulang dari negara-negara berisiko sederhana, dengan syarat, mereka menjalani ujian saringan sebelum tiba di rumah dan ujian kedua dalam tempoh dua hari selepasnya.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Pengangkutan negara terbabit iaitu, Grant Shapps.

Menurut Shapps, pelaksanaan perkara itu bakal memberi sinar baru khusus untuk syarikat penerbangan dan industri pelancongan yang dihadapkan dengan detik sukar semenjak wabak COVID-19 melanda dunia.

Sehubungan dengan itu, dakwa Shapps lagi, tempoh kuarantin itu sedikit sebanyak menjadi punca pemulihan negara bergerak perlahan.

Sementara itu, 65% golongan dewasa telah menerima vaksin sepenuhnya.

Terdahulu, mereka yang terbang pulang dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Itali, Perancis dan Sepanyol diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 10 hari.

Selain itu, sebilangan syarikat penerbangan tempatan di negara itu juga meminta agak perintah kuarantin tidak dilaksanakan.

Berikutan kelonggaran terbabit yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, industri pelancongan Britain dijangka akan mengalami kenaikan semula lagi-lagi menjelang musim cuti sekitar Julai dan Ogos.

 

Sumber: [1]