COVID-19: Malaysia Catat Nilai R-Naught 1.21, Tertinggi Tahun Ini

Malaysia mencatatkan nilai R-naught COVID-19 yang tertinggi dalam tahun ini, iaitu 1.21 pada Ahad lalu.

covid-19: malaysia catat nilai r-naught 1.21, tertinggi tahun ini

Angka tersebut difahamkan menaik dari kadar 1.18 yang direkodkan sehari sebelum itu.

Difahamkan bahawa kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di negara ini tidak pernah menurun dalam tempoh seminggu berturut-turut.

Dalam pada itu, kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Wilayah Persekutuan Labuan terus merekodkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.76, diikuti dengan Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Perak, Melaka dan Kedah.

Ini termasuk Putrajaya, Sabah, Johor, Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah dicatatkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan di negara bermula 13 Januari tahun ini ialah 0.81, iaitu pada 3 Mac.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

 

Sumber: [1]