COVID-19: Kes Positif Global Lebih 165.7 Juta, Korban 3.43 Juta

Jumlah kes positif COVID-19 dari serata dunia terus meningkat dan kini dilaporkan telah mencecah 165.7 juta kes.

covid-19: kes positif global lebih 165.7 juta, korban 3.43 juta

Menerusi data terbaru yang diperoleh daripada John Hopkins University, Amerika Syarikat kekal sebagai negara yang paling terjejas oleh wabak tersebut dengan catatan sebanyak 33.07 juta kes, diikuti India dengan 26 juta kes dan Brazil 15.8 juta kes.

Sementara itu, negara yang merekodkan kes positif COVID-19 lebih 5 juta kes termasuklah Perancis, dan Turki, manakala Rusia, United Kingdom dan Itali dengan lebih 4 juta kes masing-masing.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula merekodkan lebih 3 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, dan Romania tergolongan antara negara yang mencatatkan lebih sejuta kes positif COVID-19.

Dalam pada itu, Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mencatatkan antara 300,000 hingga 500,000 kes sekali dengan Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan kes positif antara 100,000 hingga 300,000 kes.

Berdasarkan sumber data yang sama juga, Amerika Syarikat kekal mencatatkan angka korban tertinggi akibat COVID-19 dengan lebih 589,000 kematian.

 

Sumber: [1]