COVID-19: Kes Harian, Kematian Global Tunjukkan Trend Penurunan

Genap lebih setahun sejak dunia dilanda dengan pandemik COVID-19.

covid-19: kes harian, kematian global tunjukkan trend penurunan

Baru-baru ini, kes harian baru dan kes kematian global akibat COVID-19 dilaporkan menunjukkan trend penurunan selama lapan minggu berturut-turut.

Biarpun ia merupakan satu petanda positif, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa kadar kebolehjangkitan dan kematian bagaimanapun masih tinggi.

Terang beliau, “Secara global, kes baharu COVID-19 menunjukkan trend penurunan untuk lapan minggu berturut-turut dan kematian menurun untuk tujuh minggu berturut-turut. Ini merupakan perkhabaran baik tetapi kadar kebolehjangkitan dan kematian masih tinggi secara global.

“Kadar tersebut menurun di beberapa wilayah dan setiap wilayah dalam sesebuah negara menunjukkan peningkatan drastik dan di Afrika, jumlah kes baharu dan kematian meningkat sehingga 40% sejak beberapa minggu lepas.”

Sumber: [1]