Kajian mendapati bahawa suntikan ketiga vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca mampu menghasilkan tindak balas imun yang kuat.
Perkara tersebut disahkan penyelidik sendiri yang mana Isnin lalu, mereka melancarkan pra-cetak dan melihat seramai 30 peserta menerima dos kedua lewat dan 90 peserta menerima dos ketiga, masing-masing berusia bawah 55 tahun.
Biarpun begitu, masih belum ada bukti bahawa suntikan tambahan diperlukan, lagi-lagi dalam keadaan yang mana terdapat sebilangan negara mengalami isu kekurangan bekalan vaksin.
Namun kajian Universiti Oxford menemui hasil bahawa dos ketiga vaksin berupaya meningkatkan tindak balas imun antibodi dan sel-T.
Bagaimanapun, menerusi kajian yang sama, ia mendapati bahawa dos kedua yang ditangguhkan hingga 45 minggu juga berupaya meningkatkan tindak balas imun.
Dalam pada itu, tiga perlima orang dewasa di Britain dilaporkan telah menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19.
Pengarah Kumpulan Vaksin Oxford, Andrew Pollard menjelaskan bahawa bukti menunjukkan vaksin sedia ada melindungi daripada varian semasa untuk jangka masa.
Berikutan itu, suntikan tambahan mungkin tidak diperlukan.
“Kita harus berada di posisi di mana kita dapat meningkatkan jika ternyata ia perlu...tetapi kita tidak memiliki bukti yang diperlukan.
“Pada tahap ini, dengan peningkatan perlindungan yang tinggi dalam populasi UK dan tidak ada bukti yang hilang, memberikan dos ketiga sekarang di UK sementara negara-negara lain memiliki sifar dos adalah tidak dapat diterima,” katanya.
Terdahulu, menerusi satu kajian yang pernah diadakan mendapati bahawa vaksin yang dicipta Universiti Oxford dan dilesenkan ke AstraZeneca memiliki keberkesanan yang lebih tinggi apabila dos kedua ditunda hingga 12 minggu, dan bukannya empat minggu.
Sumber: [1]