COVID-19: Dunia Catat Lebih 137 Juta Kes, 3.7 Juta Korban

Jumlah kes global COVID-19 terus meningkat dan pada ketika ini, ia telah mencecah 172.3 juta kes berikutan 500,000 kes terbaru yang dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menerusi data terbaru yang diperoleh daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang paling terjejas dengan 33.33 juta kes.

Ia diikuti India yang merekodkan 28.57 juta kes dan Brazil sebanyak 16.8 juta kes.

Sementara itu, negara jiran iaitu Indonesia mencatatkan lebih sejuta kes positif COVID-19 berserta dengan negara-negara lain seperti Peru, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada.

Manakala Malaysia tergolong dalam negara yang mencatatkan antara 300,000 hingga 600,000 kes positif COVID-19 selain Slovakia dan Panamia.

Dalam perkembangan lain, angka korban COVID-19 kini mencecah 3.7 juta kes yang mana Amerika Syarikat kekal mencatatkan rekod tertinggi dengan 596,000 kes.

Ia diikuti Brazil dengan lebih 469,000 kes, India lebih 340,000 kes, Mexico lebih 228,000 kes.

Dalam pada itu, bagi Asia Tenggara, Indonesia merupakan negara yang mencatatkan kematian tertinggi dengan lebih 50,000 kes, diikuti Filipina dengan lebih 20,000 dan Malaysia.

Singapura merekodkan 33 kematian setakat ini.

 

Sumber: [1]