COVID-19: Dua Dos Vaksin Berkesan Melawan Varian India

Kajian mendapati dua suntikan dos vaksin COVID-19 berupaya melawan virus varian India seperti mana keberkesanannya yang sama terbukti terhadap varian United Kingdom (UK).

covid-19: dua dos vaksin berkesan melawan varian india

Perkara itu disebut oleh Menteri Kesihatan Britain Matt Hancock yang mana beliau berkata, data tersebut merupakan satu kejayaan yang diharap mendorong kerajaan untuk memansuhkan lebih banyak sekatan COVID-19 menjelang Jun ini.

Kajian terbabit dijalankan Public Health England (PHE) yang mana didapati bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berkesan sebanyak 88% dalam melawan penyakit simptomatik akibat jangkitan varian B.1.617.2 dua minggu setelah dos kedua.

Ia berbanding keberkesanan 93 peratus terhadap mutasi B.1.1.7 atau ‘Kent’ yang merupakan varian COVID-19 yang dominan di UK.

Sementara itu, menurut PHE, dua dos vaksin AstraZeneca didapati berkesan sebanyak 60% terhadap varian India tersebut berbanding 66% terhadap varian Kent.

“Saya semakin yakin bahawa kita berada kita berada di landasan yang betul mengikut perancangan, kerana data menunjukkan, vaksin ini, selepas dua dos, berfungsi dengan berkesan (terhadap varian India),” ujar Hancock.

Britain yang telah melancarkan program vaksinasi terpantas di Eropah baru-baru ini dihadapkan pula dengan cabaran baru iaitu varian India.

Menerusi data yang diterbitkan pada Sabtu lalu, kes COVID-19 baru dilaporkan di negara tersebut meningkat 10.5% dalam tempoh tujuh hari hingga 22 Mei.

Menurut PHE, dos pertama kedua-dua vaksin tersebut berkesan sebanyak 33% terhadap penyakit simptomatik dari B.1.617.2 selepas tiga minggu, lebih rendah berbanding keberkesanan 50% melawan B.1.1.7.

Tambah Hancock, perkara tersebut membuktikan bahawa adalah penting untuk memperoleh kedua-dua dos vaksin.

 

Sumber: [1]