COVID-19: Barisan Petugas Kesihatan Indonesia Bakal Terima Dos Vaksin Ketiga

Bagi meningkatkan lagi ketahanan diri melawan COVID-19, barisan petugas kesihatan di Indonesia akan diberikan dos vaksin ketiga menggunakan vaksin jenis Moderna.

covid-19: barisan petugas kesihatan indonesia bakal terima dos vaksin ketiga

Perkara tersebut didedahkan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikan yang menjelaskan, program vaksinasi ke-3 (booster) bakal dimulakan menjelang minggu hadapan.

Ia akan melibatkan sejumlah 1.47 juta petugas kesihatan di negara tersebut.

Sejak program vaksinasi nasional dilancarkan di Indonesia pada 13 Januari lalu, barisan petugas kesihatan menjadi antara golongan pertama yang diberikan vaksin dengan menggunakan vaksin jenis Sinovac.

Menurut laporan media tempatan, dari awal pandemik sehingga 28 Jun lalu, seramai 1,031 petugas kesihatan terkorban akibat COVID-19.

Dalam perkembangan lain, menerusi data yang diperoleh daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, seramai 35.7 juta penduduk di negara itu telah menerima suntikan dos vaksin pertama mereka sementara 14.8 juta telah menerima suntikan dos vaksin kedua mereka.

Sehingga Jun lalu, Indonesia merekodkan sebanyak 2.4 juta kes positif COVID-19 secara keseluruhan yang baru-baru ini mula meningkat naik berikutan varian Delta yang pantas merebak.

 

Sumber: [1]