Setiap pasangan mesti excited untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Jadi, memang segala persiapan kena dibuat. Bukan sekadar dari segi pakaian dan sebagainya, nak mandikan bayi pun ada caranya tau.
Seorang lelaki di Vietnam telah meminta ayahnya mengajar cara untuk memandikan bayi. Menunaikan permintaan tersebut, terus sahaja si ayah bangun dan menunjukkan tatacara yang betul.
Disebabkan tiada model yang sesuai, ayahnya telah menggunakan seekor kucing yang dibela oleh mereka dan diberi nama Laclac.
Si ayah memegang kucing tersebut bagaikan bayi sebenar. Kemudian, meletakkan Laclac di dalam besen dan menunjukkan cara untuk membersihkan bayi.
Tapi apa yang mencuit perhatian adalah Laclac seolah-oleh mengerti apa yang sedang dilakukan oleh penjaganya. Kucing itu langsung tidak membuat hal dan berlakon seperti seorang bayi! Awhhh!
Btw, korang jangan risau akan keadaan Laclac. Si ayah tu tak gunakan air pun pada Laclac. Sekadar demo je.
Sumber: METRO