Comel! Kanak-Kanak Bagi Tabik Spring Pada Sekuriti Airport

Sering kali keletah si cilik yang ‘innocent’ membuatkan kita berasa terharu dan gembira pada masa sama.

comel! kanak-kanak bagi tabik spring pada sekuriti airport

Tidak terkecuali daripada itu, video seorang kanak-kanak lelaki ini yang pastinya membuatkan korang tersenyum.

Dalam video yang tular itu, kelihatan kanak-kanak tersebut sedang menyeberangi jalan bersama bapanya di Lapangan Terbang Bengaluru, India.

Sebaik sahaja mereka melintas, dia melepaskan tangannya dari genggaman bapanya dan memandang seorang pegawai keselamatan yang sedang bertugas di situ dengan hairan.

Namun, perkara yang terjadi selepas itu sememangnya membuatkan orang ramai tertawan padanya.

Kanak-kanak itu kemudian menabik hormat kepada pegawai keselamatan tersebut.

Turut mencuit hati, pegawai keselamatan itu turut mencuit hati orang ramai kerana membalas kembali tabik hormat pada si cilik itu.

Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh pengguna bernama Abhishek Kumar Jha, coretnya pada kapsyen, “Semalam di lapangan terbang... Momen yang membanggakan ini telah dirakam oleh salah seorang rakan saya...”

 

 

 

Sumber: [1]