Pasti ramai yang gemar makan coklat. Yelah, selain mengenyangkan ia juga dapat membantu mengurangkan stress seseorang.
Tapi, tahukah anda harga coklat termahal boleh mencecah sehingga jutaan ringgit? Jom tengok top 5 coklat termahal di dunia.
3. KNIPSCHILDT CHOCOLATIER - $2,600 (RM 10,900)
Fritz Knipschildt, seorang pakai coklat mencipta coklat ini antara yang termahal kerana bahan yang digunakan adalah bahan bahan premium dan berqualiti tinggi. Yang lebih menarik coklat ini dihasilkan menggunakan tangan.
4. COKLAT SWAROVSKI - $10,000 (RM42,036)
Coklat jenama ini adalah kerjasama antara Swarovski, Patchi dan Harrods. Sesuai dijadikan hadiah dimana 49 ketul coklat berjenama Patchi dibalut dengan kain sutera diletakkan di dalam sebuah kotak. Setiap coklat dihias dengan hiasan bunga kristal swarvoski.
3. GOLDEN SPECKLED EGG - $11,107 (RM46,489)
Seorang pakar coklat bernama William Curley menjual coklatnya berbentuk seperti telur dan lapisan luar disaluti coklat premium dari Amadei Tuscany, jenama coklat dari Itali. Merupakan coklat termahal dijual tanpa barang kemas.
2. FROZEN HAUTE - $25,000 (RM105,102)
Sejenis dessert yang dijual di sebuah restaurant. Dihasilkan daripada 28 biji koko terbaik dan boleh didapati di Kafe Serendipity 3 di Ney York. Hidangan ini dihiasi gelang emas dan berlian. Sudu pun diperbuat daripada emas dan coklatnya pun berwarna emas. Diiktiraf sebagai dessert yang termahal didunia.
1. LE CHOCOLATE BOX - $1.5 juta (RM 63,064)
Dihasilkan dari Syarikat Simon Jewelers, coklatnya diperbuat daripada coklat premium keluaran Syarikat Lake Forest Confections. Setiap set coklat datang sekali dengan rantai, anting anting, cincin dan gelang. Set coklat yang mahal ini adalah simbolik bahawa coklat dan barangan kemas wanita adalah barangan bernilai buat wanita.
Oelh: Khalie Azmi