Siapa tak kenal dengan Cik B? Anak kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato' Sri Vida yang sering mencuri perhatian wargamaya dengan gaya pemakaiannya.
Namun, gadis yang bernama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini tidak ambil pusing dengan kecaman mana-mana pihak dan terus mengorak langkah untuk menempa nama.
Selepas muncul dalam satu drama bersiri untuk siaran sebuah stesen televisyen, Cik B kini tampil sebagai penyanyi pula apabila hadir dengan single sulung berjudul 'Tolonglah'.
Apa yang lebih mengejutkan, single ini merupakan ciptaan sepenuhnya Cik B dan ibunya, Dato' Sri Vida manakala muzik video lagu ini turut diarahkan sendiri DSV.
Mengenai single Tolonglah pula, korang jangan tak percaya, Cik B mampu 'rap' dengan baik dengan persembahan ala Yonnyboii dan lagu ini juga mempunyai maksud yang tersendiri.
Sehingga artikel ini ditulis, muzik video 'Tolonglah' sudah meraih hampir 250 ribu tontonan di YouTube, mengatasi muzik video Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu yang dilancarkan serentak.
Memang salut la dekat Cik B yang baru berusia 15 tahun. Diharapkan kehadiran single Cik B ini akan terus memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.
Oleh: Shah Rahimin