Choi Tae Joon Bakal Kembali Ke Layar TV Buat Pertama Kali Selepas Berkahwin Dengan Park Shin Hye

Pelakon Korea, Choi Tae Joon yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama Park Shin Hye bakal membuat kemunculan semula di televisyen tidak lama lagi.

choi tae joon bakal kembali ke layar tv buat pertama kali selepas berkahwin dengan park shin hye

Pada 25 Februari, tvN mengeluarkan foto sedutan drama terbaru yang dibintangi Choi Tae Joon iaitu ‘Twenty-Five, Twenty-One’.

Difahamkan bahawa, pelakon tersebut akan membuat penampilan istimewa dalam drama itu.

Kongsi penerbit drama tersebut, “Dalam saga belia yang penuh badai iaitu ‘Twenty-Five, Twenty-One’, Choi Tae Joon akan menjadi plot twist dan titik penting yang tidak dijangka dalam cerita ini sebagai watak yang dikaitkan dengan Kim Tae Ri. 

“Walaupun penampilannya ringkas, dia akan memikat penonton dengan impaknya yang hebat, jadi sila nantikan peranan pentingnya.”

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN