China Wajibkan Influencer Ada Kelayakan Untuk Sembang Pasal Kewangan

Influencer di China kini dikehendaki mempunyai kelayakan sekiranya mereka ingin membincangkan topik berkenaan undang-undang, perubatan dan kewangan ketika melakukan ‘live broadcast’.

china wajibkan influencer ada kelayakan untuk sembang pasal kewangan

Baru-baru ini, Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan China menerbitkan satu set garis panduan baru yang mewajibkan hos penstriman langsung untuk mendapatkan kelayakan yang berkaitan sebelum membincangkan tentang topik tertentu yang memerlukan tahap profesionalisme tinggi.

Ini termasuk topik seperti penjagaan kesihatan, undang-undang, kewangan dan pendidikan, walaupun ia tidak menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan.

“Hos siaran langsung memikul tanggungjawab penting dan memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengetahuan saintifik dan budaya, memperkaya kehidupan rohani dan budaya, dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial.”

Peraturan baru itu turut menggalakkan ruang internet yang positif, sihat, teratur dan harmoni.

Garis panduan tersebut muncul di tengah-tengah tindakan keras berterusan China terhadap industri penstriman langsung negara itu yang berkembang pesat.

Menurut anggaran oleh firma perunding KPMG, pasaran penstriman langsung negara itu bernilai kira-kira 1 trilion yuan pada 2020.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN