COVID-19: China Tersalah Kira Jumlah Kematian Semasa

covid-19: china tersalah kira jumlah kematian semasa

Suruhanjaya Kesihatan Negara China (NHC) telah memaklumkan bahawa angka kematian melibat kes COVID-19 bukan 1,488 orang. Sebaliknya, hanya 1380 kematian yang dilaporkan.

Menurut kenyataan itu, kesilapan tersebut terjadi kerana pegawai yang bertuhas telah membuat kiraan lebih sekali untuk beberapa kes kematian. Disebabkan oleh itu, angka kematian lebih tinggi daripada sebetulnya.

Bagi wilayah Hubei pula, hanya 108 kematian buat masa ini dan bukannya 116 kematian seperti yang dilaporkan.

Bukan itu sahaja, Suruhanjaya itu juga memaklumkan jumlah kumulatif pesakit yang positif dengan wabak tersebut di wilayah Hubei adalah sebanyak 1043 kes. MAka, jumlah keseluruhan kes yang masih belum selesai adalah sebanyak 63,85.

Sebelum itu, China telah membuat satu pengumuman di mana terdapat 4,823 kes baru di Wilayah Hubei sahaja.

Sumber: Astro Awani