Lepas COVID-19, China Mula Kesan Jangkitan H5N6 Pula

Belum pun habis wabak COVID-19 di dunia, China kini dilaporkan mula mengesan penularan virus selsema burung H5N6.

lepas covid-19, china mula kesan jangkitan h5n6 pula

Ia selepas seorang lelaki berusia 55 tahun di negara itu disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas mengalami demam dan dimasukkan ke sebuah hospital dekat Sichuan, barat daya China.

 

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes itu adalah satu daripada 33 kes yang dilaporkan di rantau Pasifik Barat sejak tahun 2014.

 

Tambah lagi, seorang pakar memallumkan jangkitan terbaharu itu tidak menimbulkan risiko penularan berskala besar antara manusia, seperti virus SARS-CoV-2019 ketika ini. Bagaimanapun, pihak berkuasa keshatan China sedang mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan kerja-kerja sanitasi dikawasan jangkitan bagi mengelakkan risiko jangkitan.

 

Jangkitan pertama varian H5N6 melibatkan manusia mulai dikesan di Laos pada 2014 dengan 60 peratus kes menyebabkan kematian, manakala kes terakhir dikesan di China pada Mei lalu.

“Setiap kali virus selesema burung beredar dalam kalangan ternakan, terdapat risiko jangkitan sporadik akibat terdedah kepada ternakan yang sudah dijangkiti atau persekitaran yang tercemar.

“Oleh itu, jangkitan sporadik antara manusia adalah tidak dijangka,” kata WHO dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN