China Lapor Lagi Kes Selesema Burung Pada Manusia

Negara China sekali lagi menjadi perhatian dunia selepas melaporkan kes ke-17 jangkitan selesema burung H5N6 pada tahun ini di negara itu.

china lapor lagi kes selesema burung pada manusia

Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 51 tahun dari Nanchang, dekat Jiangxi selepas beliau dilaporkan mengalami sakit teruk dan disahkan positif wabak itu.

 

Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, wanita itu mula bergejala sejak 20 Februari lalu selepas terdedah kepada ternakan ayam hidup. Beliau kemudiannya dimasukkan ke hospital sebelum berada pada tahap kritikal.

china lapor lagi kes selesema burung pada manusia

Terdahulu, China melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan warga emas lelaki berusia 79 tahun maut akibat virus H5N6 sejak Disember lalu. Kedua-dua mangsa tinggal di Liuzhou di Guangxi dan pernah berkunjung ke pasar yang menjual ayam hidup sebelum mereka jatuh sakit.

 

China bagaimanapun mengambil masa yang lama, hampir tiga bulan setengah untuk melaporkan kes tersebut.

 

Sejak pertama kali dilaporkan pada 2014, sebanyak 76 kes yang disahkan jangkitan selesema burung H5N6 kepada manusia. Tahun ini sahaja, sebanyak 17 kes baharu dilaporkan dengan lima kes kematian akibat selesema burung H5N6.

china lapor lagi kes selesema burung pada manusia

Selesema burung H5N6 dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai penyebab penyakit yang teruk kepada manusia tanpa mengira umur, malah menyebabkan kematian kepada separuh daripada individu yang dijangkiti. Namun sehingga kini, tiada kes penularan dari manusia ke manusia disahkan.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN