China Lapor Kes Pertama Selesema Burung H10N3 Pada Manusia, WHO Jelas Ia Tidak Berbahaya

Baru-baru ini, kecoh apabila China melaporkan kes selesema burung H10N3 pertama. Namun ramai yang tertanya, apakah H10N3 sebenarnya?

china lapor kes pertama selesema burung h10n3 pada manusia, who jelas ia tidak berbahaya

Untuk makluman, kes selesema burung H10N3 yang diumumkan pada Selasa lalu merupakan yang pertama ditemui pada manusia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi satu kiriman e-mel kepada AFP, “Pesakit itu adalah lelaki berusia 41 tahun dari Wilayah Jiangsu, China.

“Dia menghidap penyakit tersebut pada 22 April 2021 dan dimasukkan ke hospital pada 28 April di unit rawatan rapi. Dia kini pulih.”

Jelas WHO lagi, “Punca pendedahan pesakit terhadap virus H10N3 tidak diketahui pada masa ini.”

Difahamkan bahawa H10N3 telah dikesan di pasar burung hidup secara berkala sejak 2002 lagi. Namun WHO mengatakan bahawa ia adalah sejenis virus yang mempunyai keupayaan rendah dalam menyebabkan penyakit.

Menurut mereka lagi, virus yang tergolong dalam sub-kategori H5 atau H7 adalah lebih membimbangkan kerana ia terbukti mampu berkembang menjadi sesuatu yang sangat berbahaya.

Misalnya seperti dalam penjelasan mereka lagi, virus sebegitu mampu “menyebabkan penyakit mematikan pada burung dan dapat menyebabkan penyakit serius pada manusia dalam keadaan yang terjadi mahupun menjangkiti manusia.”

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN