Negara China kini mengenakan undang-undang dengan melarang mana-mana individu menyiarkan video mukbang.

Mukbang adalah satu trend yang mana seseorang itu akan makan pada kuantiti yang besar. Ia biasanya dilakukan sama ada untuk kandungan Youtube, atau promosi sesuatu makanan.

Bagi mengelakkan pembaziran makanan, undang-undang baru di China kini mengharamkan mukbang ini dan boleh dikenakan denda sehingga 100 ribu Yuan (kira-kira RM63,000).
Ia nyata memberi kesan kepada pencipta video mukbang di China, termasuklah mereka di Youtube dan Tiktok Douyin.
Pengusaha makanan pula boleh dikenakan denda seandainya cuba mempromosi dan mengelirukan pelanggan untuk membeli makanan dengan jumlah banyak. Ia bertujuan untuk mengelakkan pembaziran makanan di negara tersebut.
Susulan langkah kerajaan China itu, kebanyakkan restoran di negara itu kini berhati-hati dalam menyediakan kuantiti makanan kepada pelanggan supaya tidak membazir.
Terdahulu, sebuah restoran di wilayah Hunan dikatakan menawarkan menu khas dan menjual makanan mengikut berat badan pelanggan.
Sumber: New York Post