China Dijangka Capai 'Herd Immunity' Menjelang Akhir 2021

China dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang akhir 2021 sebaik 80% daripada populasinya telah lengkap menerima vaksinasi.

china dijangka capai 'herd immunity' menjelang akhir 2021

Perkara tersebut dikongsikan seekor pakar epidmiologi, Zhong Nanshan.

Menurutnya, hasil kajian ke atas kluster baru di Guangzhou pada Mei mendapati bahawa vaksin mampu memberikan perlindungan sebanyak 60% terhadap varian Delta dan 100% berkesan dalam menghalang jangkitan yang teruk.

Tambahnya, tahap antibodi akan meningkat lebih sepuluh kali ganda apabila dos ketiga diberikan selepas enam bulan menerima dos kedua.

Selain itu, beliau yang juga merupakan ahli Akademi Kejuruteraan China turut menyentuh berkenaan pengalaman Chile dalam menggunakan vaksin Sinovac dengan memetik jurnal The New England Journal of Medicine (NEJM) yang diterbitkan pada Julai lalu.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada 10 juta warga Chile berusia 16 tahun ke atas yang telah lengkap vaksinasi, Sinovac didapati mengurangkan 65.9% peratus jangkitan COVID-19, menurunkan kemasukan hospital sebanyak 87.5%, mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90% dan mengurangkan risiko kematian 86%.

Sebagai tambahan, memetik kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet, Sinovac yang digunakan di Turki mampu memberikan perlindungan sebanyak 83.5% serta tiada sebarang kesan sampingan serius atau kes kematian membabitkan suntikan vaksin tersebut dilaporkan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN