China Catat Kes Harian COVID-19 Tertinggi Dalam Tempoh Dua Tahun

China merekodkan jumlah tertinggi jangkitan COVID-19 tempatan harian dalam tempoh dua tahun.

china catat kes harian covid-19 tertinggi dalam tempoh dua tahun

Ia berikutan varian Omicron yang mudah menular sekaligus memberi tekanan kepada dasar ketat kerajaan dalam mengekang setiap cetusan wabak dengan pantas.

Ahad lalu, negara itu melaporkan 214 kes jangkitan tempatan di wilayah Guangdong, Jilin dan Shandong.

Angka itu merupakan kes harian tertinggi sejak awal Mac 2020 selepas pihak berkuasa mula mengira jangkitan tempatan dan jangkitan luar negara secara berasingan.

Penularan virus tempatan di China kecil berikutan ia mengamalkan sekatan ketat perjalanan, kuarantin dan pengesanan kontak rapat yang pantas.

Setakat 6 Mac lalu, China merekodkan 111,195 kes dengan simptom yang disahkan termasuk kes tempatan dan kes yang tiba dari luar tanah besar.


Sumber: [1]