China Cadang Tapis Komen Sebelum Siar Di Media Sosial

China mungkin akan menyemak setiap komen sebelum ia disiarkan di media sosial tidak lama lagi.

china cadang tapis komen sebelum siar di media sosial

Jumaat lalu, badan pemantau internet China menerbitkan satu set draf peraturan baru di laman webnya yang mengarahkan platform kandungan menyemak semula ulasan dalam talian sebelum ia diterbitkan dan melaporkan sebarang ‘maklumat haram dan buruk’ yang ditemui kepada pihak berkuasa.

Peraturan baru itu direka bentuk untuk menjaga keselamatan negara dan kepentingan awam, serta melindungi hak dan kepentingan rakyat yang sah,” bunyi notis itu, sambil menambah bahawa orang ramai boleh memberikan maklum balas mengenai peraturan itu menjelang 1 Julai.

Walaupun peraturan itu masih belum dilaksanakan, pengguna media sosial China telah menyatakan kebimbangan bahawa ruang dalam talian mereka untuk bersuara akan terus terhakis.

Menurut South China Morning Post, draf peraturan di China biasanya diluluskan tanpa semakan besar.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana rasanya melihat hanya satu suara tertentu (pendapat). Adakah orang akan berfikir bahawa dalam kehidupan sebenar, hanya ada satu suara?” tulis seorang pengguna Weibo.

 

Sumber: [1]