Kes Makin Meningkat, China Buat Saringan Besar-Besaran!

Selepas mencatatkan jumlah kes harian yang meningkat lebih dua kali ganda, bandar Changchun di timur laut China kini berdepan dengan perintah berkurung dengan ujian saringan dibuat secara besar-besaran.

kes makin meningkat, china buat saringan besar-besaran!

Menurut pihak berkuasa, terdapat 1,860 jangkitan tempatan dikesan dan lebih tiga perempat daripadanya melibatkan rakyat wilayah Jilin di timur laut.

 

Jumlah itu melebihi 460 kes berbanding hari sebelumnya iaitu 1,044 kes pada Selasa, menyebabkan 9 juta penduduk di bandar itu kini tidak dibenarkan untuk keluar dan terpaksa berdepan dengan ujian saringan secara besar-besaran.

 

Sementara itu, bandar Shenzen yang terletak di selatan China telah memasuki hari keempat tempoh perintah berkurung, dengan 92 kes positif dikesan pada Selasa, termasuk 37 kes tidak bergejala.

 

Meskipun begitu, penduduk di kawasan yang tiada kes jangkitan masih dibenarkan untuk menjalankan aktiviti seperti biasa seperti membeli barangan keperluan harian.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN