China Bina Stesen Meteorologi Tertinggi Di Dunia

Pasukan penyelidik China berjaya menempatkan stesen pemantauan meteorologi automatik di puncak Gunung Qomolangma.

china bina stesen meteorologi tertinggi di dunia

Kejayaan tersebut menjadikan stesen meteorologi terbabit yang tertinggi di dunia, iaitu pada ketinggian lebih 8,800 meter.

Ia mengatasi stesen meteorologi di sebelah selatan gunung yang dibina saintis British dan Amerika Syarikat pada 2019, dengan ketinggian 8,430 meter.

Pencapaian tersebut sekaligus menjadikan keseluruhan stesen meteorologi yang berada di altitud berbeza di Gunung Qomolangma mencecah lapan buah, menurut Institut Penyelidikan Dataran Tinggi Tibet (ITP).

Jelas ahli penyelidik ITP Zhao Huabiao, data meteorologi yang dipantau akan digunakan untuk menyokong penyelidikan saintifik dan aktiviti mendaki gunung.

Terdahulu, dalam usaha menempatkan stesen meteorologi yang tertinggi di dunia itu, seramai 13 penyelidik mendaki sehingga ke puncak gunung dan buat julung kalinya, mengukur ketebalan ais dan salji dengan radar berketepatan tinggi, serta mengumpul sampel berkenaan untuk kajian lanjut.


Sumber: [1]