Negara China telah mengeluarkan amaran mengenai kemunculan semula wabak COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia sedang berusaha membendung dan mengawal virus berkenaan.
![amaran kemunculan semula wabak covid-19 oleh china](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/china-covid19-01.jpg)
Menurut China, sembilan daerah di peringkat wilayah di China telah merekodkan lebih 100 kes jangkitan COVID-19 sejak Ogos dengan lebih 2,000 jangkitan di Hainan.
Terbaharu wabak COVID-19 dilaporkan merebak dengan pantas di bandar pesisir pantai Sanya dekat wilayah Hainan di selatan China, selain penularan di peringkat wilayah seperti di Xinjiang, Mongolia Dalam dan Guangdong.
![amaran kemunculan semula wabak covid-19 oleh china](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/china-covid19-02.jpg)
Sebanyak 614 jangkitan tempatan baharu dicatatkan pada minggu lalu termasuk 559 kes di wilayah Hainan.
Negara China dilihat sangat berhati-hati dengan peningkatan kes COVID-19 dengan turut mengamalkan dasar kes sifar jangkitan.
Sumber: AWANI / BERNAMA