China Bakal Bawa Pulang Sampel Yang Dikutip Dari Bulan

china bakal bawa pulang sampel yang dikutip dari bulan

Sebuah jentera pendaki prob penyelidikan angkasa lepas milik China, Chang’e-5 dilaporkan telah berjaya bercantum dengan roket pengorbit. Cantuman tersebut dikatakan berlaku pada pukul 5.42 pagi Ahad di orbit bulan.

Selepas sahaja bercantum, sampel-sampel yang dikutip oleh jentera itu telah dipindahkan dengan lancarnya ke roket pengorbit pada pukul 6.12 pagi.

Misi ini merupakan kejayaan pertama bagi negara Tembok Besar itu dalam percantuman kapal angkasa lepas di orbit bulan.

Sebelum ini pun China dah lancarkan misi yang serupa. Cumanya kali ini lebih mencabar kerana lokasinya lebih jauh iaitu beratus ribu kilometer dari Bumi.

Kemaskini semasa yang dilaporkan roket pengorbet telah berjaya berpisah dengan jentera pendaki prob pada 12.35 tengah hari. Roket tersebut akan mengorbit bulan dan menunggu masa sesuai untuk kembali semula ke bumi.

Sumber: Astro Awani