Chelsea Mula Bangkit Dengan Pengurus Baharu, Tuchel

chelsea mula bangkit dengan pengurus baharu, tuchel

Selepas bergelut dengan prestasi buruk dalam EPL musim ini, Chelsea nampaknya dah mula tunjukkan kebangkitan. The Blues catat kemenangan kedua berturut-turut apabila kalahkan tuan rumah, Tottenham 1-0. Kemenangan itu membolehkan Chelsea naik ke tangga ke-6 liga. Ia juga merupakan kali pertama Jose Mourinho tewas 2 perlawanan berturut-turut di laman sendiri dalam kariernya sebagai pengurus.

chelsea mula bangkit dengan pengurus baharu, tuchel

Nampaknya sejak Thomas Tuchel gantikan Frank Lampard, Chelsea mula catat keputusan positif. Tuchel jadi pengurus untuk skuad The Blues ni baru 3 perlawanan dan masih belum kalah. Jauh berbeza dengan pencapaian Lampard ketika dilantik mengendalikan Chelsea pada 2019. Ketika itu, Lampard kalah 2 perlawanan dan seri perlawanan ketiganya.

Tuchel juga sifatkan prestasi cemerlang Chelsea ketika ini adalah hasil kerja keras pemain dan bukan dirinya. Pengendali kelahiran Jerman itu berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menewaskan Tottenham. 

chelsea mula bangkit dengan pengurus baharu, tuchel

Tapi mesti la tak semuanya baik kan? Haa, Tuchel kurang berpuas hati dengan tindakan penyudah pasukannya. Ye lah, Chelsea kuasai perlawanan sekurang-kurangnya 75 minit tapi cuma dapat jaringkan 1 gol je. Tu pun penalti. Lepas ni mungkin penyerang Chelsea kena berlatih lebih keras la dalam usaha nak dapatkan gol kan? 

chelsea mula bangkit dengan pengurus baharu, tuchel

Oh, Timo Werner harga kira-kira 45 juta pound kan? Bila kali terakhir dia jaringkan gol? Nak ikut jejak langkah Fernando Torres ke?

 

Oleh: Karami Kamel