Chanyeol EXO Masuk Tentera

Ahli kumpulan K-Pop ternama, Chanyeol EXO dikhabarkan bakal menyertai perkhidmatan ketenteraan menjelang penghujung Mac ini.

chanyeol exo masuk tentera

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SM Entertainment menerusi Soompi, Chanyeol akan mula mendaftar pada 29 Mac ini.

Namun lokasi dan waktu pendaftarannya tidak akan didedahkan dan tiada sebarang acara khusus yang bakal diadakan.

Chanyeol bakal mengikut jejak sebagai ahli EXO kelima yang menyertai perkhidmatan ketenteraan diikuti Xiumin dan D.O yang sudah pun selesai dan Suho dan Chen yang kini masih berkhidmat sebagai sebahagian daripada ahli tentera Korea Selatan.

Dalam perkembangan lain, Chanyeol juga bakal muncul dalam filem Korea pertamanya berjudul The Box.

The Box mengisahkan tentang Ji Hoon yang dilakonkan oleh Chanyeol, seorang penulis lagu dan penyanyi yang mempunyai aspirasi tinggi untuk berjaya.


Sumber: Soompi