Chansung 2PM Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tak Lama Lagi & Berpisah Dengan JYPE

Ahli termuda kumpulan K-Pop popular 2PM, Chansung mendedahkan bahawa dia akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

chansung 2pm bakal tamatkan zaman bujang tak lama lagi & berpisah dengan jype

Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi dan pelakon berusia 31 tahun itu sendiri menerusi akaun Instagram peribadi miliknya.

Dia mengiringi entri tersebut dengan gambar surat tulisan tangan yang ditujukan khusus kepada para peminat.

Coretnya, “Semasa membuat persiapan dan merancang kehidupan perkahwinan dengan (teman wanita saya) selepas saya keluar dari ketenteraan, berkat kehidupan baru datang kepada kami lebih awal daripada jangkaan, dan kami merancang untuk berkahwin seawal tahun awal tahun depan.”

Chansung yang menamatkan tugas ketenteraannya pada awal Januari tahun ini turut menggesa peminatnya supaya tidak mendedahkan identiti tunangnya kerana dia bukan selebriti.

Menyentuh mengenai kerjayanya, Chansung berkata dia akan terus bekerja keras sebagai penyanyi dan pelakon walaupun mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama JYP Entertainment.

“Saya telah melalui banyak perbincangan dengan syarikat. Kami membuat keputusan bersama untuk tidak memperbaharui kontrak saya. Kesimpulan ini dibuat dengan masa depan saya sebagai keutamaan dan syarikat dengan rela hati memberikan restunya,” katanya.

 

Sumber: [1]