Lapangan Terbang Changi di Singapura Perkenal Alat Penjejak Bagasi

Masalah kehilangan beg atau bagasi sering terjadi di kebanyakan lapangan terbang.

 

Namun masalah itu mungkin dapat dikurangkan melalui satu fungsi penjejak yang diperkenalkan di Lapangan Terbang Changi, Singapura ini.

lapangan terbang changi di singapura perkenal alat penjejak bagasi

Mula dilancarkan pada 12 Disember lalu, penumpang yang mendarat di lapangan terbang ini dapat melihat jejak bagasi mereka menerusi satu aplikasi khas iaitu iChangi.

 

Menerusi aplikasi itu, mereka yang mempunyai bagasi berdaftar dapat melihat lokasi dan menerima kemas kini jika beg mereka tiba di lapangan terbang atau tergendala disebabkan masalah cuaca.

 

Menjadi yang pertama kali sepertinya di Asia Tenggara, pengguna dapat melihat kemas kini lokasi bagasi masing-masing sehingga tiga hari selepas penerbangan.

Buat masa ini, fungsi fungsi ini hanya tersedia untuk penumpang yang berlepas atau bertukar penerbangan di Changi dengan 35 syarikat penerbangan yang mengambil bahagian, seperti Malaysia Airline, Singapore Airlines, Finnair, Jetstar Asia dan Air India, bergantung kepada terminal masing-masing.

 

Fungsi untuk mereka yang mendarat di lapangan terbang ini akan tersedia pada awal 2023, dengan lebih banyak syarikat penerbangan terlibat sama.

 

Sumber: Mothership / Changi Airport